Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sudah memaklumkan hasrat untuk menyertai Pas.<br /><br />Beliau berkata penyertaan Annuar Muasa, diumumkan tidak lama lagi.<br /><br />Ia menyusul selepas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar semalam mengesahkan bertanding Pilihan Raya Negeri di Selangor di bawah tiket Perikatan Nasional.